22 April 2010. Sambutan harijadi Kor Kadet Polis kali ke 40 telah diadakan di PGA 8, Pengkalan Chepa, Kelantan.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh SAC 1 Dato Abd rahim Hj Hanafi, Ketua Polis Kelantan.Pasukan Kor Kadet Polis Maahad Muhammadi Lelaki yang mewakili Kota Bharu A telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan kawad kaki.Sementara itu, pada majlis ini juga sekali lagi pasukan kadet MML diberi penghormatan untuk mewakili Kota Bharu untuk menyertai perbarisan dan lintas hormat sempena harijadi Kor Kadet Polis kali ke 40.
Usrati
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan