CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 21 Mac 2010

KAUNSELING KERJAYA

Assalamualaikum WBTH.

Keputusan SPM dan STAM telahpun keluar.Saya pasti pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini telahpun membuat keputusan yang sewajarnya. Saya ingin menasihati para pelajar sekalian bahawa bidang pengajian yang kalian pilih hendaklah menepati selera bidang kerjaya yang bakal ditempuhi setelah tamat pengajian nanti.

Untuk pengetahuan pelajar sekalian, ramai yang kecundang di peringkat Universiti kerana memilih bidang pengajian semata-mata mengikut kawan atau nasihat ibubapa sedangkan tuan punya diri tidak berkemampuan terhadap bidang yang dipilih atau belajar kerana terpaksa.

Ramai juga pelajar yang hanya bertanya kepada kakak atau abang yang tak tahu apa-apa tentang kerjaya dan masa depan.Bukan apa, minat terhadap kerjaya adalah hak setiap individu. Seseorang akan berjaya dengan cemerlang sekiranya bidang yang dipilih itu merupakan bidang yang amat diminati.

Saya pernah mengendalikan kes kaunseling seorang pelajar baru dari sebuah Universiti terkemuka negara telah mengalami kemurungan yang melampau (depression) hingga menyebabkan beliau ditahan di wad. Hal ini berlaku kerana menurut beliau bidang pengajian yang dipilihnya adalah bukan atas kehendak dan pilihannya tetapi dipaksa oleh kedua orang tuanya. Akibatnya beliau membenci pensyarah, pelajarannya dan akhirnya mengidap kemurungan yang melampau.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalain,
Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang berwawasan. Tetapkan matlamat anda kerana ianya pencetus cita-cita dan impian anda.

Pilihlah kursus yang tepat, Insya Allah masa depan anda akan selamat.....dan...jika anda tersalah langkah: AWAS! ianya membawa padah.

0 ulasan: