Pada 25 Januari 2010 - Majllis Pelantikan MPP dan Ketua-ketua Badan serta pengawas telah disempurnakan oleh Yang Dihormati SAC 1 Dato Abd.Rahim Bin Hj Hanafi, Ketua Polis Kelantan.
Maahad Muhammadi Lelaki berasa bertuah kerana inilah julung-julung kali di hadiri oleh Ketua Polis Kelantan.Pada majlis tersebut juga Dato Abd. Rahim Bin Hj. Hanafi telah memberikan pesananan dan amanat beliau kepada pelajar MML agar belajar dengan gigih, menjaga disiplin dan jangan lupa menghormati guru.
Kami warga MML juga berasa bangga dengan ciri-ciri peribadi yang ada pada Dato kerana beliau merupakan bekas pelajar di sekolah agama dan melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Syariah seterusnya diberi amanah sebagai Ketua POlis Kelantan.
Tahniah & sekalung budi buat Dato...sesungguhnya jasa & pengorbanan Dato tetap kami warga MML akan mengenangnya selalu....
Usrati
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan