Ahad, 4 Julai 2010
LATIHAN MENEMBAK TLDM
4 Julai 2010. Latihan menembak antara pasukan sekolah MML, Teknik Bachok dan MRSM Terengganu telah diadakan di Lapang Sasar Gunung, Bachok, Kelantan.
Alhamdulillah pasukan pegawai dan anggota PKBM MML telah menjuarai pertandingan kali ini.Sekalung budi buat Pengetua MML, PK Kokurikulum, Cikgu Fatmi dan Wan Iskandaria kerana sudi menjemput saya untuk bersama-sama menyertai latihan menembak kali ini. Tahniah untuk semua.Semoga MML terus cemerlang dan gemilang.
Ahad, 30 Mei 2010
YURAN PENGAJIAN
Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan (PGSABK) memohon kerjasama tuan/puan untuk menjelaskan yuran pengajian Diploma Pendidikan UUM-PGSABK sebelum 4 Jun 2010.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Daripada
WAN JUSOH BIN WAN MAT
Yang Dipertua PGSABK
Khamis, 29 April 2010
Isnin, 26 April 2010
HARIJADI KOR KADET POLIS KE 40
22 April 2010. Sambutan harijadi Kor Kadet Polis kali ke 40 telah diadakan di PGA 8, Pengkalan Chepa, Kelantan.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh SAC 1 Dato Abd rahim Hj Hanafi, Ketua Polis Kelantan.Pasukan Kor Kadet Polis Maahad Muhammadi Lelaki yang mewakili Kota Bharu A telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan kawad kaki.Sementara itu, pada majlis ini juga sekali lagi pasukan kadet MML diberi penghormatan untuk mewakili Kota Bharu untuk menyertai perbarisan dan lintas hormat sempena harijadi Kor Kadet Polis kali ke 40.
Sabtu, 17 April 2010
Khamis, 8 April 2010
PERTANDINGAN KAWAD
8 April 2010.MML telah diberi penghormatan oleh semua kontinjen Kor Kadet Polis untuk mewakili jajahan Kota Bharu bersama dengan SMJK Chung Hwa ke pertandingan Kawad kaki peringkat negeri Kelantan di PGA 8, Pengkalan Chepa.
Seramai 32 anggota termasuk Platun Komander (efendy) mewakili MML.
PELANCARAN MAAHAD GEMILANG
6 April 2010. Majlis pelancaran Maahad Gemilang 2010 telah dilancarkan oleh YB Dato Hj Ahmad b Hj Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ialah Yang Amat Berusaha Pengarah Yayasan Islam Kelantan En Ahmad Robert B. Abd Rahim dan YDP PIBG MML iaitu Dato Hj Nik Abd Kadir B Nik Mohamad.
Pada majlis tersebut juga pihak sekolah telah menganugerahkan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mencatatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan PMRU, PMR, SMU, SPM dan STAM tahun 2009.
Semoga MML terus gemilang.
Langgan:
Catatan (Atom)

