CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 15 Februari 2010

LAMAN ILMU MANTIQ

Klik Sini

Pembaca yang budiman.Alhamdulillah dengan kudrat dan iradat serta hidayah yang Allah SWT kurniakan ini, saya berkesempatan untuk memulakan penulisan tentang Ilmu Mantiq atau Ilmu Logik yang menjadi salah satu matapelajaran penting dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Semoga kalian semua dapat meneroka Ilmu Mantiq dengan sempurna nanti.

Untuk melayari laman Ilmu Mantiq...kalain bolehlah masuk melalui pautan Ilmu Mantiq atau terus ke
SINI
Salam sayang untuk semua. Saya doakan kalian akan mendapat Mumtaz nanti...

Sabtu, 6 Februari 2010

Kemahiran ICT Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM : Satu Tinjauan

Klik Sini

Abstract
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu elemen penting satu untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang profesional dan berkemahiran tinggi. Ini selaras dengan dengan pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010, yang menegaskan kemahiran ICT merupakan satu faktor penting dalam membentuk masyarakat berpengetahuan dan menjurus ke arah K-ekonomi. Kajian ini dilakukan ke atas 379 guru pelatih Fakulti Pendidikan, UTM untuk meninjau tahap kemahiran ICT mereka. Kajian juga dilakukan terhadap faktor jantina, bidang kursus yang dikuti serta pencapaian mereka bagi melihat kesan ke atas kemahiran ICT yang dicapai.Satu set soalselidik yang telah disahkan kebolehpercayaanya telah diedarkan dan hasil analisis data didapati, min kemahiran ICT guru-guru pelatih UTM berada pada min 3.98 dan faktor bidang kursus yang diikuti, jantina, serta pencapaian (CGPA) mereka tidak mempengaruhi kemahiran ICT yang diperolehi.

Keberkesanan kursus teknologi pendidikan yang yang dijalankan ke atas pegawai teknologi pendidikan pusat kegiatan guru negeri johor

Klik Sini
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kursus Teknologi Pendidikan yang dijalankan ke atas Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Pusat Kegiatan Guru (PKG) anjuran Unit Intervensi ICT Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) yang dilihat dari sudut persepsi pegawai-pegawai yang pernah menghadiri kursus tersebut. Beberapa faktor seperti usia peserta, kelulusan akademik atau tahap pendidikan, kaedah latihan dan tempoh masa latihan diambil kira dalam menentukan keberkesanan kursus. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor merupakan sebuah institusi pendidikan yang bertanggungjawab melatih Pegawai Teknologi Pendidikan PKG dan Guru Perpustakaan Media ke arah perlaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Data-data dan maklumat dikumpul hasil daripada beberapa soal selidik dan ujian rintis keberkesanan di samping kajian perpustakaan. Justeru itu, kajian ini dirasakan sangat penting dalam membantu pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri membuat penilaian semula bersandarkan kepada hasil penyelidikan terutamanya dalam usaha untuk menyusun semula latihan-latihan yang berkaitan dengan kursus pada masa akan datang dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi faktor usia, tahap pendidikan, tempoh kursus dan kaedah latihan.

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU

Klik Sini
Abstrak. Kertas kerja ini ditulis berdasarkan pengamatan analitikal kritis secara deskriptif. Pada
hemat kami, pendekatan ini memadai untuk memerihalkan senario pendidikan moral masyarakat
Melayu dan impaknya pada era globalisasi ini. Berdasarkan statistik yang terdapat dalam sekian
banyak akhbar, majalah, jurnal serta laporan yang dikeluarkan oleh pihak wewenang menunjukkan
kerosakan dan kegawatan sosial sedang melanda masyarakat Melayu masa kini. Mengapa hal ini
boleh berlaku? Sedangkan kita menyedari bahawa ‘Islam’ adalah agama masyarakat Melayu. Jika
diamati secara mendalam, dinamisme Islam seolah-olah kabur dan hilang dalam jiwa dan pemikiran
masyarakat Melayu. Hal ini berlaku apabila masyarakat Melayu semakin meminggirkan cara hidup
Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT

Klik Sini
Abstrak
Salah satu faktor yang dikenalpasti sebagai sebab runtuhnya akhlak dan mundurnya umat ini adalah kerana
kerosakan dalam nilai sosial dan moral. Justeru untuk memperkasa semula umat hari ini, penguasaan ilmu,
melalui penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus menjadi agenda utama. Ledakan
ICT juga telah membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Bagaimanapun, di dalam keghairan
melayari bahtera kemajuan ICT, Islam sendiri meletakkan adab yang tersendiri.. Era kecanggihan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini. Kertas kerja
ini menyingkap peranan yang boleh dimainkan dalam memanfaatkan ICT dalam berdakwah. Pelbagai isu
kontra seperti jajahan minda secara digital turut dikupas. Kertas kerja ini juga mencadangkan satu rangka kerja
baru yang menyeluruh dalam usaha memperkasa semula umat Islam melalui ICT. Hakikatnya semua pihak
harus punya pendirian tegas dalam agenda menyusuri arus perdana kemajuan ICT dunia.
Kata Kunci: peranan ICT, memperkasa ummah, ICT dan Islam.

Kerangka Teori Bagi Mengimplementasi Perubahan

Klik Sini
Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu kerangka teori bagi mengenal pasti faktor-faktor penting dalam mengimplementasi ICT disekolah. Melalui penyediaan kerangka teori ini, ia juga akan digunakan bagi melihat implementasi ICT secara keseluruhan dalam proses pengurusan sekolah sebagai faktor untuk meningkatkan perubahan.

Implementasi ICT untuk meningkatkan pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya telah menunjukkan banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani. Sehingga kini penggunaan ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran masih belum sampai ke tahap yang optimum. Ini menimbulkan persoalan bagaimana mengimplementasikan penggunaan ICT secara keseluruhannya terutamanya dalam menangani perubahan ? Tinjauan literatur menunjukkan beberapa pendekatan telah digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada implementasi ICT di sekolah. Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada halangan-halangan untuk mengimplementasi ICT di sekolah. Sementara terdapat juga kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan penggunaan ICT. Beberapa kajian juga memberikan tumpuan kepada faktor luaran dan polisi kerajaan yang berhubung kait dengan ICT.

Khamis, 4 Februari 2010

Alhamdulillah

3 Feb. 2010 Syukur kehadrat Ilahi kerana pada jam 12.20 tengahari, isteri saya selamat melahirkan anak ke 10 di HUSM.Nampaknya makin bertambah meriah laa family saya nanti.Di kesempatan ini saya melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga buat Ilahi kerana di saat akhir anak saya dilahirkan secara normal, walaupun 3 orang doktor hampir membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kerana bayi saya tak nak keluar juga...akhirnya setelah dicuba dengan cara "Vacuum"...bayi saya selamat dilahirkan dan dimasukkan terus ke wad ICU akibat lemas...

4 Feb. 2010 Alhamdulillah...baby selamat dan doktor mula tanggalkan oksigen dan baby nampak OK.Petang...lepas asar, baby dan mamanya dibenarkan keluar HUSM. Mungkin Allah lebih mengerti tentang kesukaran saya untuk menghadapi sesi kuliah yang disambung semula mulai esok 5 Feb.

Apapun ... kesyukuran yang tidak terhingga buatmu Ilahi...dan buat teman-teman yang senantiasa mendoakan kesejahteraan diri ini dan keluarga.....Semoga kita semua dirahmati oleh yang Esa.