CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 28 Mac 2010

KONVO UUM KALI KE 23




Alhamdulillah...akhirnya segala penat lelah semasa berulang alik ke UUM sintok telah membuahkan hasilnya...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pensyarah yang telah mendidik saya sehingga berjaya mendapat MSC Counceling. Terima kasih sekali lagi buat pensyarah dan rakan-rakan yang menelefon dan menghantar SMS untuk mengucapkan tahniah buat saya.
Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna buat saya kerana itulah harapan ayah dan ibu serta keluarga.Insya Allah saya akan menyambung lagi ke tahap pHD kerana itulah harapan dan pesan arwah ayah semasa saya di Mesir dulu.Tahniah diucapkan kepada semua rakan-rakan yang berjaya.




PELAJAR TERBAIK STAM



Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan STAM 2009 - Maahad Muhammadi Lelaki (MML) mendapat 93.3% berbanding 90 % tahun 2008 .23orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz, 21orang pangkat Jayid Jidan ,24orang pangkat Jayid Muhammad Thoriq Rasid pelajar terbaik STAM mendapat 10Mumtaz.

Ahad, 21 Mac 2010

KAUNSELING KERJAYA

Assalamualaikum WBTH.

Keputusan SPM dan STAM telahpun keluar.Saya pasti pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini telahpun membuat keputusan yang sewajarnya. Saya ingin menasihati para pelajar sekalian bahawa bidang pengajian yang kalian pilih hendaklah menepati selera bidang kerjaya yang bakal ditempuhi setelah tamat pengajian nanti.

Untuk pengetahuan pelajar sekalian, ramai yang kecundang di peringkat Universiti kerana memilih bidang pengajian semata-mata mengikut kawan atau nasihat ibubapa sedangkan tuan punya diri tidak berkemampuan terhadap bidang yang dipilih atau belajar kerana terpaksa.

Ramai juga pelajar yang hanya bertanya kepada kakak atau abang yang tak tahu apa-apa tentang kerjaya dan masa depan.Bukan apa, minat terhadap kerjaya adalah hak setiap individu. Seseorang akan berjaya dengan cemerlang sekiranya bidang yang dipilih itu merupakan bidang yang amat diminati.

Saya pernah mengendalikan kes kaunseling seorang pelajar baru dari sebuah Universiti terkemuka negara telah mengalami kemurungan yang melampau (depression) hingga menyebabkan beliau ditahan di wad. Hal ini berlaku kerana menurut beliau bidang pengajian yang dipilihnya adalah bukan atas kehendak dan pilihannya tetapi dipaksa oleh kedua orang tuanya. Akibatnya beliau membenci pensyarah, pelajarannya dan akhirnya mengidap kemurungan yang melampau.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalain,
Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang berwawasan. Tetapkan matlamat anda kerana ianya pencetus cita-cita dan impian anda.

Pilihlah kursus yang tepat, Insya Allah masa depan anda akan selamat.....dan...jika anda tersalah langkah: AWAS! ianya membawa padah.

Ahad, 14 Mac 2010

KEM KEMASYARAKATAN DI TAMAN NEGARA, KUALA KOH







Badan Bimbingan dan Latihan Islam (BALKIS) Maahad Muhammadi Lelaki dengan kerjasama Perhilitan Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan program Kem Kemasyarakatan ke Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan selama tiga hari bermula dari 11-13 Mac 2010.Di sana kami telah mengadakan program dakwah bersama-sama dengan masyarakat orang asli kaum Batik, menganjurkan perlawanan bolasepak persahabatan, menjamu makan malam dan menderma pakaian terpakai serta makanan seperti biskut, beras gula dan lain-lain lagi keperluan seperti bolasepak turut dihadiahkan kepada mereka.

Para peserta juga telah didedahkan tentang kepentingan menjaga faura dan fauna serta diberi peluang untuk menaiki jambatan gantung, canopy, jungle treking dan banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan termasuk pada sebelah malamnya ditunjukkan rakaman oleh pihak Perhilitan cara menangkap dan memindahkan gajah liar.

Pendek kata semua peserta berasa puas dan bercita-cita untuk datang lagi ke sini terutama sekali untuk membantu masyarakat orang asli kaum Batik yang terdapat di sini.

Ust Efendy,W Noh dan N Mohd Zamil menyerahkan bantuan pakaian kepada ketua kaum Batik, En Hamdan disaksikan pelajar MML



Merentas belantara




Makan dalam talam...ikut sunnah tu....




MAAHAD GEMILANG





Maahad Muhammadi Lelaki mengekalkan rekod 100 % dalam keputusan peperiksaan SPM dan mencatat sejarah apabila seorang pelajar mendapat 15A , seorang 14A, seorang13A dan 6 orang mendapat 12A, 10 orang mendapat 11A, 14orang mendapat 10A , 20 orang mendapat 9A serta 22 orang mendapat 8A.

Ahmad Harith bin Zabidi Azhar dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2009 apabila beliau mendapat 15A iaitu 12A + 2A 1A-. Secara keseluruhannya 53orang mendapat 9A Keatas berbanding 22orang tahun 2008.

Manakala keputusan peperiksaan STAM pula menunjukkan peningkatan peratus iaitu 93.3 peratus berbanding 90 % pada tahun 2008 .23 orang pelajar telah berjaya mendapat pangkat Mumtaz, 21orang pangkat Jayyid Jiddan, 24orang pangkat Jayid . Seorang pelajar telah mencatatkan kejayaan cemerlang dengan mendapat keseluruhan matapelajaran (10) Mumtaz. Pelajar tersebut ialah Muhammad Thoriq Rasid. Tahniah kepada semua yang berjaya.






Khamis, 11 Mac 2010

PETUA MENGATASI KEPENATAN


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar olehRasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagaipenawarnya dijadikan amalan seharian.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak danmenantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup merekaberdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah yang diajarkan olehRasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkankepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allahpetunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)Sampaikanlah dakwah ini kepada keluarga dan saudara-saudara islam yanglain agar dapat dimanfaatkan bersama dan ikhlaskanlah hati kita dalammenyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat menuainya.Tanamlah benih yang baik semasa kita di dunia agar kita dapatmemperolehi hasil yang baik juga di akhirat sana.

Isnin, 8 Mac 2010

TAKLIMAT KHAS

Assalamualaikum WBTH....
Dimaklumkan bahawa satu taklimat khas untuk pelajar kohort 2 Diploma Pendidikan UUM akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 20 Mac 2010
Hari : Sabtu
Jam : 9 Pagi
Tempat: Kompleks PURNAMA

Taklimat ini akan dikendalikan oleh pihak Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (PGSABK)

....mohon kerjasama semua teman seperjuangan untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 3 Mac 2010

TARIKH BARU KULIAH

Assalamualaikum WBTH.

Saya telah dimaklumkan oleh Penyelaras Program Diploma Pendidikan UUM yang baru iaitu Dr Zailani bahawa kelas pengajian baru akan diadakan seperti berikut;

Tarikh Mula : 2 dan 3 April 2010
Tempat : DK 6, USM Kubang Kerian
Subjek : SGDT 4013 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan &
: SGDE 4013 Pentaksiran Pembelajaran

.....SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH.....


Perhatian;
Untuk ke dewan kuliah DK 6, sila guna laluan dihadapan Bank Rakyat kerana pintu masuk ke dewan utama melalui pintu utama HUSM ditutup pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Pastikan juga anda membawa Kad Matrik UUM untuk pemeriksaan keselamatan.

Isnin, 1 Mac 2010

Muka Depan Bulletin




Tazkirah Remaja: Remaja terjebak berpakaian halal, haram

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)


Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.