CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 30 Januari 2010

MENU SADIS : MAKAN BAYI









This is worrying, ridiculous and inhuman!


Brief translation: Shocking news circulated in China .

Dear all,
This is so gross but at least we all know what is happening in this world.
Please pass on to whom you know loves exotic food or going to China . This is so sick!!

A town in Canton is now on trend taking baby herbal soup to increase health and sexual
performance/stamina. The cost in China currency = approx $4000. A factory manager
was interviewed and he testified that it is effective because he is a frequent customer.
It is a delicacy whereby expensive herbs are added to boil the baby with chicken meat
for 8 hours boiling/steaming.

He pointed to his second wife next to him, who is 19 (he is 62), and testified that they
have sex everyday. After waiting for a co uple of weeks, he took this reporter to the
restaurant when he was informed by restaurant Manager that the spare rib soup
(local code for baby soup) was now available.

This time, it was a couple who have 2 daughters and this 3rd one was confirmed to be
a daughter again. So the couple aborted the baby which was 5 months old. Those babies
close to be born and die naturally costs 2000 in China currency. Those aborted ones cost
a few hundreds in China Currency. Those couples who did not want to sell dead babies,
placentas can be accepted also for couple of hundreds.

The reporter making comment that is this the problem arise from Chinese being taking
too much attention in healt h or is the backfire when China introduced one child in a
family policy (since majority prefers to have male babies and those poorer families
need ended up selling their female babies.)

Rabu, 27 Januari 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pimpinan Pelajar MML 2010

Pada 25 Januari 2010 - Majllis Pelantikan MPP dan Ketua-ketua Badan serta pengawas telah disempurnakan oleh Yang Dihormati SAC 1 Dato Abd.Rahim Bin Hj Hanafi, Ketua Polis Kelantan.

Maahad Muhammadi Lelaki berasa bertuah kerana inilah julung-julung kali di hadiri oleh Ketua Polis Kelantan.Pada majlis tersebut juga Dato Abd. Rahim Bin Hj. Hanafi telah memberikan pesananan dan amanat beliau kepada pelajar MML agar belajar dengan gigih, menjaga disiplin dan jangan lupa menghormati guru.

Kami warga MML juga berasa bangga dengan ciri-ciri peribadi yang ada pada Dato kerana beliau merupakan bekas pelajar di sekolah agama dan melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Syariah seterusnya diberi amanah sebagai Ketua POlis Kelantan.

Tahniah & sekalung budi buat Dato...sesungguhnya jasa & pengorbanan Dato tetap kami warga MML akan mengenangnya selalu....






ASAS KAUNSELING

Disediakan oleh;
MOHD EFENDY HJ. DAUD
KAUNSELOR

DEFINISI
• Proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan. Blocher (Shertzer & Stone, 1974)

DEFINISI
• Proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan keinsafan dirinya, serta juga pilihan-pilihan yang telah dipilihnya agar mencapai kehidupan yang berkesan. (Corey, 1977)

DEFINISI
• Kaunseling sebagai satu proses memberi pertolongan secara sistematik berasaskan kepada ilmu psikologi mengenai manusia, yang dijalankan oleh seorang pakar atau kaunselor profesional, supaya klien lebih memahami dirinya dan lantas dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan masalahnya dan menyesuaikan diri sepanjang hayatnya dengan baik. (PERKAMA)

PRINSIP ASAS KAUNSELING
• Manusia mempunyai harga diri
• Manusia itu unik
• Manusia memiliki personaliti yang bersepadu adalah manusia yang sihat
• Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
• Manusia berkembang melalui proses sosiolisasi

MATLAMAT KAUNSELING
• Membuat Perubahan
• Membantu membuat keputusan / pilihan
• Menurunkan kebimbangan ( anxiety )

PROSES KAUNSELING
Sebagai panduan -3 perkara perlu dilihat :
• What is ? ( Apa ?)
• What was ? ( Apa sebenarnya ? )
• So what ? ( Bagaimana menyelesaikannya ? )



Pastikan sama ada klien :
• menghadapi masalah atau
• bukan masalah

KONSEP KAUNSELING
• Isi Kaunseling
Kaunselor : memastikan apakah jenis masalah klien :
( pekerjaan , perhubungan, atau kesendirian/loneness)
• Proses Kaunseling
Penekanan kepada pendekatan.
• Matlamat Kaunseling
Adakah klien ingin membuat pilihan/ membuat perubahan / menurunkan aras anxiety

SYARAT-SYARAT KAUNSELING
• Kepakaran
- Terima tanpa syarat (unconditional positive regards)
- Kerahsiaan
- Kejujuran ( genuine )
- Non-judgemental
• Tempat/ suasana kondusif
• Klien yang normal
• Borang Temujanji

ASAS KAUNSELING
• Brammer, (1979) : 2 peringkat dalam proses kaunseling :
I. Membina hubungan
ii. Menggalakkan tindakan positif ;
a. penerokaan
b. mengenal pasti masalah/isu
c. memilih alternatif
d. mengambil tindakan
e. penamatan

MEMBINA HUBUNGAN
• Mewujudkan rapport / membina suasana terapeutik:
 I have this time for you
- tidak tergesa-gesa
- just be a good listener
 I have cleared my mind
- unconditional positive regards / terima tanpa syarat
 I will try to understand your worl view
- emphaty
- elak menggunakan perkataan ‘tidak penting’
 I will respect your ability to help yourself
- menghormati klien

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
• Kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada kaunselor:
I. Pengetahuan / pendekatan dan teori
ii. Kemahiran / teknik
iii. Kendiri ; menyedari kekuatan & kelemahan yang ada dalam diri
iv. Personal value ; nilai-nilai yang dipegang

CIRI-CIRI UTAMA KAUNSELOR
• Empati ( memahami diri klien)
• Menghormati / mesra / menyayangi
• Konkrit / jitu / spesifik ( lebih khusus)
• Ketulenan ( genuiness)
• Bersemuka / konfrantasi (menyatakan apa)
• Terkini /Immediency ( here & now)

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
• Kemahiran Mendengar
• Kemahiran Melayan
• Gaya Duduk
• Pengstrukturan
• Kemahiran Membalas/Responding

FAKTOR PENYEMBUHAN
• Perhubungan
• Kecekapan dan Penghargaan Kendiri
• Melatih Tingkahlaku baru
• Melatih dan menurunkan emosi
• Mengubah Persepsi
• Menggerakkan harapan dan motivasi

PROSES MENANGANI MASALAH KLIEN
• Declaration of Intent
( Pernyataan tujuan )
• Mission Statement
( Penyediaan matlamat )
• Spesific Aims
( Tujuan-tujuan Khas )
• Concrete & Spesific Goal
( Matlamat yang spesifik )

Selasa, 26 Januari 2010

AWAS...BAHAYA KRISTIAN




Be careful with this book!!!!!! This thing has been widespread to the whole world.

We must fight this massacre which was created by Christian!!!

* DO NOT let them to convert many more MUSLIM to CHRISTIAN,

Na'udzubillahimindzalik...

FORWARD TO ALL OUR MUSLIMS..

The things they do to lead muslims astray is unbelievable. May Allah protect us all. Let all your relatives/friends know that this book do exist and a copy of it was already sent to MUIS for action.

Gambar Bekas Tapak Rumah Rasulullah SAW







Sabtu, 23 Januari 2010

KEMATIAN ADALAH SUATU KENYATAAN



Teman,
Andai nanti
Kematian menjemputku
Hadiahkanlah.....
Sebaris al-Fatihah
Buat rohku

Andai nanti
Perasaanmu terguris
Maafkan daku
Kerna aku
Insan biasa
Tak lekang dari
salah & silap

Teman,
Andai nanti
Kematian menjemputku
Ziarahilah pusaraku
Agar rohku
Tenang di sisi
Tuhan yang satu

Teman,
Maafkan aku

Rabu, 20 Januari 2010

Renungan Buat Teman



Salam sayang buat semua.....teruskanlah perjuangan kalian di jalan kebenaran agar kita semua mendapat keredhaan Ilahi.

Isnin, 18 Januari 2010

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

Muslimin dan muslimat sekalian. Berikut ialah Kod Babi yang terdapat dalam makanan. Awasi anak-anak anda ketika membeli makanan agar tidak terbeli kandungan makanan yang mengandungi bahan dari sumber yang tidak HALAL.

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Sabtu, 16 Januari 2010

Penulis blog banyak mengumpat: Nik Aziz

Klik Sini
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kritikannya terhadap sesetengah penulis blog yang disifatkan lebih banyak mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya, rakyat perlu menapis sebarang maklumat tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan penulis blog individu tertentu, sekali gus menimbulkan suasana yang tidak baik kepada masyarakat.

“Kita baca blog kerana nak ilmu. Tetapi kalau apa yang dituliskan itu banyak perkara berunsurkan provokasi dan fitnah, jadi apa ilmu yang kita dapat itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat.

"Jika tulisannya itu dengan niat melaga-lagakan orang. Kalau molek (baik) tak apa,” katanya pada kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Terdahulu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan penulis blog yang melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik Pas Kelantan sebagai ‘blogger celaka’.

Reaksi itu timbul apabila terdapat blog yang menyatakan Exco Kanan Pas, Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatan susulan krisis yang melanda kepimpinan Pas negeri baru-baru ini.

Bagi tujuan itu, Nik Aziz mempertahankan Husam yang disifatkan membawa kebaikan kepada Kelantan dan negara ini.

Pada masa yang sama, krisis pentadbiran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang melibatkan menantu Nik Abdul Aziz, Abdul Ariffahmi Abd Rahman sehingga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adalah juga tercetus dari tulisan blog.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz turut mencadangkan pembuat kuih tradisional di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih ‘tahi itik’.

“Jika nama kuih ‘puteri mandi’, ‘jala emas’ boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih ‘tahi itik’ juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai,” katanya.

Guna kemudahan Facebook dengan bertanggungjawab

Klik Sini
SEREMBAN: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata rakyat Malaysia perlu membentengkan diri dengan sikap tanggungjawab dan pegangan agama sebelum menerima bulat-bulat pemakaian budaya internet seperti Facebook dan Twitter.

Beliau berkata ini kerana seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap apa juga komen atau ulasan yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook atau Twitter termasuk dikenakan tindakan undang-undang.

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia di sini hari ini.

Katanya selain itu mereka juga perlu berhati-hati dan menimbangkan kebenaran dan ketepatan maklumat yang dipaparkan dalam internet yang tidak semuanya benar.

"Kita (masyarakat) menerima ini semua (internet) dalam satu keadaan kejutan budaya," katanya sambil mengkritik sesetengah rakyat Malaysia yang suka mencemuh golongan yang tidak mahu mengikuti budaya baru itu.

"Kita jangan lekas sangat `condemn'' atau memandang rendah pada mereka yang tidak menggunakan Facebook. Surat khabar akan tetap relevan, Facebook pun begitu tetapi jangan terima semua isian ini seolah-olah yang lama ini tidak pakai lagi," katanya.
Beliau memuji tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kejayaan mengesan salah laku seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang mendakwa bertanggungjawab membakar sebuah gereja berhubung isu kalimah Allah, di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

"Tahniah kepada SKMM yang meneliti salah laku rakyat kita dalam pemakaian Facebook, Twitter dan SMS. Jadi, saya suka menerangkan sebagai seorang bekas peneliti perundangan negara, pemakaian (menggunakan internet) bukan bermakna kita (boleh) melepaskan diri dari tanggungjawab."

Mengenai gagasan 1Malaysia, beliau berkata lebih banyak program akan disusun untuk menerapkan kefahaman 1Malaysia di kalangan rakyat terutama kepada masyarakat kampung dan pelajar. - Bernama diperolehi pada: 16/1/2010

Rabu, 13 Januari 2010

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan

Klik Sini
LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.
"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.
"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.
Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.
Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.
Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.
Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.
"Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat.
"Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya.
Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,
Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.
Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran.
"Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan

Selasa, 12 Januari 2010

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH
Klik Sini
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 184 responden yang terdiri daripada guru-guru di ketiga-tiga sekolah tersebut. Keputusan kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan, antara kategori umur dan antara mata pelajaran major yang diajar dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor tahap pengetahuan, sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat inovasi komputer (faedah relatif, kesepadanan, kerumitan, kebolehcubaan dan keteramatan) didapati mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

ICT DALAM PENDIDIKAN

Mohon rakan-rakan berikan komentar untuk journal ini.

Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran

Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling
Klik Sini
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah
multimedia terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran sukan bola baling.
Sampel kajian terdiri daripada 90 pemain bola baling yang pernah mewakili
Daerah Kuching dan Samarahan dalam kejohanan yang dianjurkan oleh MSS
Sarawak dan Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA). Kajian ini berbentuk
experimental yang terdiri daripada tiga kumpulan iaitu kumpulan kawalan
(kaedah tradisional), kaedah experiment A (kaedah multimedia) dan kumpulan
experimen B (gabungan kaedah tradisional dan multimedia). Bateri ujian
komponen kecergasan dan kemahiran bola baling digunakan sebagai instrument
dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif
dan statistik inferen untuk melihat perbandingan dan peningkatan antara kaedah
tradisional, kaedah multimedia dan gabungan kaedah tersebut. Hasil kajian
mendapati bahawa kaedah multimedia lebih berkesan daripada kedua-dua
kaedah terhadap peningkatan kemahiran bola baling selepas melalui ujian pra
dan ujian pos. Perbandingan keseluruhan menunjukkan kaedah multiemedia
lebih tinggi catatan min = 10.42, berbanding kaedah tradisional min = 8.36 dan
gabungan kedua-dua kaedah min = 9.92. Diharap kajian ini akan memberi
implikasi yang positif kepada para jurulatih bola baling untuk menggunakan
kaedah multimedia dalam melaksanakan sistem latihan mereka.

Apa Itu Kaunseling?


Apa Itu KAUNSELING?

Hubungan bersemuka antara individu normal dengan kaunselor. Individu dibantu untuk memahami diri, persekitarannya, menggunakan potensi diri, keluarga, agama, masyarakat dan juga mempelajari cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan diri masakini dan akan datang.


CARA KAUNSELING DIJALANKAN
Sesi kaunseling boleh dialankan berbentuk;
a) Kaunseling Individu – Pertemuan bersemuka anda dengan kaunselor
b) Kaunseling Kelompok– Pertemuan bersemuka anda dan rakan anda dengan kaunselor


KOD ETIKA KAUNSELING
a) Menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat.
b) Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien.
c) Berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan dedikasi.
d) Membuktikan dengan ikhlas, jujur dan dedikasi.
e) Menghormati keputusan dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.


KAUNSELOR BERSEDIA MEMBANTU INDIVIDU YANG…
a) Ingin mengenali dan memahami diri.
b) Mahu memahami realiti diri dan kehidupan.
c) Ingin meningkatkan potensi diri.
d) Mengalami gangguan fikiran dan emosi.
e) Keliru dengan keadaan diri dan kehidupan.
f) Menghadapi konflik perhubungan sosial.
g) Memerlukan tempat untuk mengadu.
h) Menghadapi masalah belajar.
i) Dan lain-lain


OBJEKTIF KAUNSELING…membantu individu supaya…
a) Lebih memahami dan menerima diri
b) Menyedari dan meningkatkan potensi diri
c) Membuat keputusan secara bijak
d) Lebih yakin dalam pemikiran dan tindakan
e) Lebih “accountable” dan bahagia dalam segala usaha pencapaian



Hubungi Kaunselor Anda;
MOHD EFENDY BIN DAUD
Master of Science Counceling,UUM
TEL : 013-9229484
Email: efendymml@yahoo.com / efendymml@gmail.com

Ahad, 10 Januari 2010

Selamatkan Palestin



Assalamualaikum.
Pembaca yang budiman.Marilah sama-sama kita mendoakan keamanan dan kedamaian bumi Palestin tercinta. Semoga kejayaan adalah milik umat Islam yang mutlak.

Salam ukhuwwah

Assalamualaikum. Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi untuk mengunjungi blog saya.Bantuan dari kalian diharapkan agar ianya lebih bermakna buat kita semua.

Insya Allah saya akan cuba untuk mengemaskinikan blog ini untuk munafaat kita bersama.

Doakan kesejahteraan saya dan semoga persahabatan kekal abadi. Sesungguhnya kehadiran kalian dalam hidup saya terlalu amat bermakna.

Terima kasih atas segalanya.....SEGALANYA BUATMU TUHANKU....

Sabtu, 9 Januari 2010

Semoga Diberkati Allah